KCLD, Block 10, Jalan Ong Tiang Swee, 93200 Kuching, Sarawak, Malaysia. +6082-420 798
 
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
 
Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat aniya dan ego. Baginda suka mempermudah urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan mereka.
 
 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para pengikutnya: “Gembirakanlah mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan mereka.”
Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudahkan mereka, dan kamu tidak di utus untuk menyukarkan mereka.
.
.
.
.Firman Allah swt :
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang).(Surah al-Ahzab: Ayat 21)
 
Kenali keperibadian Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
 
 
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, ‎Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.‎
 
Firman Allah swt : "...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu ‎perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu ‎wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." ‎‎(QS. Surah An-Nisa': 12)‎
 
Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka ‎yang tidak diberikan hak.‎ Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir ‎harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu ‎peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.‎
 
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:‎
(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. ‎Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam ‎syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan ‎itulah kemenangan yang besar”.

 

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:

"Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 180).
.
.
.
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malam ini bersiaran bersama Yang Arif Tuan Hj Najarudin Bin Hj Nedri, Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.
 
Membawakan sambungan siri kuliah My Islam Series yang lalu dengan tajuk Harta Pusaka, Wasiat dan Hibah.
 
Di saluran FB rasmi SIIC malam ini , Khamis 3 Disember 2020 pukul 9 malam, In Sya Allah

Page 10 of 24

Quick Links

IIC Medias

Contact Info

Address:
KCLD, Block 10, Jalan Ong Tiang Swee, 93200 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Phone:
+6082-420 798