
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Jangan lupa dengarkan perkongsian dari YBhg. Ustaz Haji Ahdam Sukarno Bin Saini dalam segmen K-CIRCLe anjuran Sarawak Islamic Information Centre (SIIC).
Ilmu perubatan Islam antara ikhtiar dalam menyembuhkan penyakit menggunakan cara khusus berpandukan al-Quran, sunnah dan ijtihad ulama muktabar. Prinsip asas dalam perubatan Islam, meletakkan kuasa penyembuhan hanya kepada Allah SWT. Keyakinan disandarkan kepada kuasa Tuhan Yang Maha Menyembuhkan disusuli ikhtiar hasil kombinasi beberapa kaedah perawatan seperti menggunakan air, tumbuhan herba serta bahan halal lagi baik yang dibenarkan syarak.
Allah SWT berfirman: “Dan Kami turunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman.” (al-Isra’: 82)
I READ
I LISTEN
WE SHARE