- Category: LIBRARY
- Read Time: 1 min

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Tajuk : PANDUAN BERPUASA BAGI PESAKIT
Rukhsah (keringanan) diberikan kepada orang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa dan mengganti (qadha) puasa yang mereka tinggalkan itu pada hari lain (selepas habis bulan Ramadhan). Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa wajib membayar fidyah untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan dengan memberi makan kepada seorang miskin. Orang yang membayar fidyah digalakkan melebihkan bayaran fidyah tersebut kerana ia adalah suatu kebaikan di sisi Allah.