Procedures

Bagi setiap permohonan, pemohon hendaklah mengisi borang tempahan penyewaan fasiliti IIC dengan lengkap.Pemohonan secara lisan (booking) dan kegagalan melengkapkan borang permohonan tempahan penyewaan fasiliti, tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan tempahan, IIC.

Untukmakluman, setiap permohonan akan diterima dan diproses untuk mendapat kelulusan daripada pihak kami, bergantung dengan aktiviti atau program yang dianjurkan. Program tersebut hendaklah tidak mempunyai unsur politik, tidak berkaitan dengan produk, mempromosikan produk atau jualan lansung, dan juga aktiviti-aktiviti keagamaan.

Penganjur dinasihatkan agar TIDAK menghantar jemputan ataupun melakukan publisiti untuk program dan aktiviti yang akan dianjurkan sebelum mendapat kelulusan penggunaan fasiliti daripada pihak IIC. Sekiranya pihak penganjur berbuat demikian, pihak pengurusan tempahan fasiliti IIC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah jika permohonan anda TIDAK BERJAYA/TIDAK DILULUSKAN.

Permohonan tuan/puan tidak akan diluluskan jika gagal mematuhi peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan IIC. Pihak kami akan memaklumkan saudara secepat yang mungkin jika permohonan anda telah diluluskan ataupun sebaliknya.

Borang tempahan perlulah disertai dengan surat rasmi, atur cara, jadual program bagi memudahkan pihak pengurusan membuat penilaian dan memberikan kelulusan program atau aktiviti yang dijalankan supaya ianya mengikut hukum-hukum syarak dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Permohonan tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penyewaan. Walaubagaimanapun, permohonan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada satu (1) bulan dan selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh penyewaan masih boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan.

Pembayaran boleh dibuat secaraTunai, Cek ataupun Pesanan Belian Tempatan/Pesanan Perkhidmatan (LPO/SO) ke akaun PUSAT PENERANGAN ISLAM seperti berikut:

Nama Akaun Bank : PUSAT PENERANGAN ISLAM
NomborAkaun Bank : 211-254-6000-1731
Nama Bank : RHB ISLAMIC BANK

Untuk sekretariat penganjur, adalah dicadangkan untuk menyediakan sendiri kemudahan/peralatan seperti komputer mudah alih, mesin pencetak (printer), projektor serta perkhidmatan fotostat kerana pihak pengurusan IIC tidak akan menyediakan kemudahan tersebut.

Setiap urusan tempahan makanan bagi program, pihak penganjur HENDAKLAH melalui ataupun berurusan dengan AVICENA CLUB IIC. Setiap pembatalan hendaklah dibuat selewat-lewatnyaTujuh (7) hari pada waktu bekerja dari tarikh program diadakan. Caj akan dikenakan jika pihak penganjur atau organisasi gagal berbuat demikian.

Bagi penganjur atau organisasi yang hendak membuat raptai atau ‘Rehearsal’ caj seperti biasa akan dikenakan jika menggunakan ‘Air Cond’. Pihak kami tidak mengenakan sebarang caj jika penganjur atau organisasi hanya menggunakan ‘Minimum Lighting’ & tidakmenggunakan ‘Air Cond’.

Penganjur hendaklah memaklumkan kepada semua peserta supaya berpakaian sopan di IIC.

Penganjur yang menggunakan fasiliti di IIC hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan fasiliti dan kawasan IIC.

 

Sekian, terimakasih.