CERAMAH UMUM OLEH PROF. DR. MUHAMMAD AL-SOLAH Ketua Pusat Islam di Texas, USA dan Pensyarah di Universiti Al-Azhar
Posted at
21 July 2010 by
Administrator
Pusat Penerangan Islam (IIC) akan mengadakan dua ceramah umum yang bertajuk Islam dan Cabaran Masa kini pada 30 Julai 2010, Jam 8:30 pagi di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak (Bangunan Baru) dan Islam dan Perhubungan diantara Komuniti pada 31 Julai 2010, Jam 8.30 pagi di Auditorium, Pusat Penerangan Islam (IIC).
Penceramah yang dijemput adalah Profesor Dr Muhammad al-Solah, seorang pendakwah Islam terkenal di Amerika Syarikat serta merupakan Ketua Pusat Islam di Victoria, Texas. Selain itu, Prof. Dr Muhammad al-Solah juga merupakan seorang pengasas dua buah sekolah Agama dan bahasa Arab, iaitu “Iman Stems” dan “Muslim Generation”. Beliau merupakan pengacara Program “Ask Huda”, salah satu program Fatwa yang paling dikenali di TV Huda, Mesir di mana beliau juga bekerja sebagai Perunding Agama di tempat tersebut.
Dr. Solah telah mengadakan 400 program siaran langsung di Stesyen televisyen Mesir, Arab dan Amerika Syarikat. Beliau mengajar di Universiti Al-Azhar, Syariah Akademi dan Kolej London. Beliau fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Selain itu, Beliau juga mengacarakan program TV yang terkenal iaitu “Correct your Recitation”. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam Syariah dan Undang-undang Islam dari Universiti Al-Azhar dan Sarjana dalam Farmakologi serta Diploma selama 4 tahun dalam seni kaligrafi Islam dan Arab. Beliau juga memperoleh Ijazah Pra-Sarjana dalam Pengajian Islam dari Universiti Terbuka Amerika.
Ceramah umum ini diadakan adalah selaras dengan usaha Pusat Penerangan Islam bagi mempromosikan dan menyampaikan maklumat Islam serta memacukan pemahaman dan penghayatan Islam dikalangan penduduk yang berbilang kaum dan berbilang agama di Sarawak.
Ceramah ini terbuka kepada umum. Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Muhamad Zakaria B. Ashmat atau Cik Rohaiza Bt. Wahab di Pusat Penerangan Islam, Tel: 082-420798 atau 082-420799 atau Fax: 082-414809 atau email: info@sarawakiic.org.my.